...syukran...

Friday 29 November 2013

IBU

Bismillahirrahmanirrahim
“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” [Surah Luqman ayat: 14]

Hari itu, Cikgu Hanim, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Luhur berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas.

Tiba giliran Farouq, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan & bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.

Sebelum itu, sudah ada 7 orang murid yang lain yang telah pun berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Semuanya hebat-hebat belaka.

"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi."

Pendedahan Farouq itu disambut dengan 'Oooohh' & 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Farouq menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.

"Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Hanim jugak!"

Cikgu Hanim tersenyum mendengar kata-kata Farouq itu.

"Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni, dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih & nasi lemak..."

Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Farouq itu.

"Ilham! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Farouq di hadapan tu!"

Cikgu Hanim dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.

"Takde apa cikgu. Maaf yee cikgu."

Namun pada wajah Ilham, terukir sebaris senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Farouq tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh & gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.

"Ilham, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju, jual kuih, nasi lemak?"

Ilham bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh & dengan selambanya mengejek Farouq.

"Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Jurutera. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pun, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang berjaya. Sampai mak kau, tak sebijak mak kami... Heh."

Terbeliak mata Cikgu Hanim mendengar kata-kata Ilham yang penuh selamba itu. Ilham baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Farouq menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Hanim mahu mengatakan sesuatu, Farouq sudah menyerang balas dahulu.

"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh & kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.

Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku & hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar dengan bekalan makanan.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah & dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia!

Kau ada, Ilham? Kau ada??"

Tergamam Cikgu Hanim. Terkesima seluruh kelas.

Pucat muka Ilham. Pipinya basah dengan air mata..

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu & ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh & selebet asalkan si anak cantik bergaya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.

Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan & kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.

Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'

Meskipun si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya..

Ibu... Engkaulah RATU hatiku.

Sources: Anonymous

22 tahun yang lalu Ibu & Ayah ada bagi aku sebuah hadiah Hadiah yang sampai sekarang aku gunakan Pemberian yang sehingga sekarang aku manfaatkan tak pernah lusuh tak pernah pudar tak pernah rosak kerana aku tahu ianya sangat bernilai & akan aku jaga sebaik mungkin

Aku bawa kemana sahaja aku melangkah Hadiah & pemberian tu "Sebuah Nama" Sebuah nama yang terselit 1001 makna; [Cahaya Perhiasanku Kekuatanku]

Bila aku rasa tiada apa tak punya apa; "Perhiasanku" Ya! Mana mungkin Allah menjadikan aku dengan sia-sia Pasti ada sesuatu yang Allah pertanggungjawabkan untuk aku bawa buat mereka yang ada di sekelilingiku walau siapapun mereka Aku mahu menjadi sebuah 'perhiasan' dalam hidup mereka Bukan 'perhiasan' berhabuk di dalam almari usang Tetapi perhiasan yang mampu menyerikan & menyinari di setiap ruang hidup mereka Allah yusahhil..

Bila aku lemah tak kuat tiada kudrat rasa kecil di hadapan mereka yang lain "Kekuatanku" Ya! Mana mungkin Allah menjadikan aku lemah tiada upaya Allah takkan menganiayai aku Takkan sesekali Aku yakin itu Secebis kekuatan itu ada pada diri aku Tinggal pada aku sendiri Untuk terus lemah atau bangkit kuat Aku mahu menjadi sumber kekuatan buat mereka di sekelilingiku Bukan untuk tunjuk kuat Tetapi menjadi landasan buat mereka untuk terus melangkah dengan kekuatan Allah yusahhil..

Tiada sajak, puisi dapat aku nukilkan Untuk mengungkapkan betapa aku mencintaimu ibu Ibu.. aku tak punya apa aku miskin harta tapi aku ada Dia walau sejauh mana aku pergi aku bekalkan doa buatmu ibu kerana Aku tahu cinta Dia menjangkaui cintaku buatmu

Ibu jika aku pergi dahulu ketahuilah bahawa aku sangat menyayangimu sangat sayang padamu kerana melaluimu lirik matamu terzahir kekuatan & kemuliaan seorang ayah pada anak-anaknya

Moga Ibu Ayah Emak Abah mertuaku yang aku belum tahu siapa mereka & masih lagi menjadi rahsia Allah Semua yang bergelar Ummi Abi Mama Papa Bonda Ayahanda dipermudahkan jalan ke syurga tanpa sebarang hijab Amiin ya Allah..

Anak-anak Lahirlah seindah namamu Carilah & hayatilah Izzah disebalik hadiah itu Sebuah pemberian yang indah dari ibu ayahmu..

Terima kasih ya Ilahi atas hadiah yang tak tertanding nilai bandingnya..

Yang benar; Anakmu.

Thursday 21 November 2013

Ahmad AMMAR Ahmad Azam Pelajar Malaysia yang dimuliakan diTurki.

Cerita tentang Allahyarham Akhi Ahmad Ammar.

Bismillah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Oleh krn rmai yg brtanya dan ingin mngenali lebih dekat siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yg baru2 ini mnggemparkn ummah dgn pemergian beliau mnghadap Ilahi. Maka sy sbg sahabat spengajian beliau di Turki brasa brtanggungjwab utk mmperkenalkn serta mem 'promote' kn sgl kebaikan yg beliau prnah lakukn smasa hayatnya mudah2an ia dikira ilmu brmanfaat yg dtinggalkan beliau (yg mana pahalanya brterusan shingga kiamat). Harap kpd siapa yg baca, baca lah smp tamat. Maaf ia agak pnjang dan akan mngambil masa paling kurang 20 minit dgn bnyak ayat yg x trsusun.

Beliau ntara student Msia trawal ( beliau batch ke 2, sy ke-4 walaupun smp skrg student msia d Turki x smp 35 org pun) yg mlawan arus perdana apabila mmilih Turki sbg destinasi pngajian setelah SPM. Sbb tu kami pggil beliau Abg Long. Agak aneh, seorang yg pernah dinobat sbg pelajar kedua trbaik SPM 2010 di RMC dgn pencapaian 9A1 1A2 mmilih utk smbung d Turki, Negara yg sering dlabel sbg Negara eropah yg 'sakit'. patutnya beliau ke tempat yg lebih brprestij. dah la amb Turki, ingatkn amb medic ke, atau engineering, tgk2 amb sejarah, bidang yg sering diamb oleh student gred C dan D, sjarah Uthmaniyyah plak tu. MashaAllah. Bila prtama kali sy tnya beliau knapa pilih Turki dan amb sejarah. Jawapan beliau "Turki ni dulu prnah jd pusat Dunia Islam 600 tahun, xde kuasa dunia yg lg lama drpd tu, Negara lain pun respect n tunduk dgn Turki, knapa kita x bngga, tu sjarah kita. kita boleh kmbalikn balik sjarah tu. lpstu kita ni da blaja tinggi2 last2 org yg blaja lebih2 kurang plak control kita. sbb tu ana amb sejarah". Cukup trsentak dgn jawpan tajam beliau.

Beliau seorg yg sgt pndiam, tp skali beliau cakap, smua org nk dgr dan akan ingat ap yg beliau cakap. Beliau jg sgt susah nk gelak ketawa, tp skali beliau ketawa smua org ingat bila dan apa yg buat beliau ketawa. Beliau jgn haraplah nk brckp dgn perempuan, sgt kekok klu beliau dlm situasi trsebut. prnah skali beliau bwk student msia overseas yg dtg cuti d Turki dn kebetulannya perempuan, oleh krn beliau malu nk bg tahu kt perempuan trsebut, beliau call seorang sahabat kami yg amb master d Turki utk tlg bg tau perempuan tu apa yg dia nk bg tau. Padahal beliau ad dpan prempuan trsebut. MashaAllah begitu skali beliau mnjaga dirinya.

Beliau seorang yg sgt rajin menolong, klu ad prgrm ap2 d rumah, beliau org yg pertama smp utk bantu bentang tikar, sapu2, kadang2 masak dan hidangkan makanan. beliau jgla yg last skali balik sbb nk bantu gulung tikar, sapu2 balik, basuh pinggan dn bungkuskn makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sgt sopan santun, sgt brjaga2 ketika brtanya dn sgt brdisiplin. sbb beliau prnah ckp "dulu mse kecik2 mmng kuat ah main2 tp lpas masuk RMC mmng kna train habis". Sy cukup rapat dgn beliau dan keluarga beliau malah sy mngenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. mana tidaknya msa first time sy ngaji dpan org umur 8 tahun, atas prmintaan bapa beliau lah yg ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lg sy aktif dlm prgrm ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak sy smp d Turki, klu sabtu ahad, sy akan prgi ke rumah beliau dkt Fetih Mahallesi (hari2 lain sy d asrama Turki) ,mkan sma2, beliau masak, brsukan, brdiskusi smp tulis kt whiteboard dan akan tidur d biliknya. ntara cara beliau ialah sbelum tidur dan bangkit dr tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pd masa tu sy ingat mungkin dr sek. menengah lg kot dia mcm ni. Beliau sering tidur lewat krn mmbaca buku (buku2 nya bnyak yg dah ghabak dan bnyak tulisan menunjukkan yg mmng beliau mmbacanya). Bulan lpas, sy dminta utk bentang mngenai sejarah Uthmaniyyah di laman Univ. Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yg sy jdkn rujukn utama. beliau pun bg la buku2 dan article2 sbg prsediaan utk sy. Beliau jg cadangkn supaya setiap minggu mesti ad student yg akan present mngenai apa2 ikut bidang masing2.

Ketika Eid Adha yg lalu, kami (student Msia) brkump. brsama2 selama sminggu. dlm seminggu tu ad 1 hari full prgrm dr pg smp mlm. kami dibahagi2 ikut kump. Dtakdirkn Allah, kump sy dketuai oleh beliau. tp yg lawaknya nama kump sy yg beliau bg.oleh sbb beliau sgt suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kump kami yg beliau bg ialah 'Fatih Var Mı?' yg brmaksud Fatih ade ke? sgt kelakar sbb nama kump kami soalan. Jd setiap kali nama kump kami dpanggil, smua akan ketawa trbahak2 trmasuk kami dn beliau sendiri. Tugasan kami adalah pg ke muzium Atatürk dn buat skit research. Dlm muzium itu, beliau seolah2 jd penceramah apabila sgl gambar2 yg ad dlm muzium trsebut beliau trangkn dgn detail lebih drpd petugas2 muzium trangkn pd kami.

Ad skali tu time mkan mlm d rumahnya, beliau crita pngalaman beliau smasa mngikuti misi kmanusiaan d Syria. Beliau kt,"Ana ni bukannya reti Arab". smua org yg mnyertai misi ini tahu bhs arab dn bila tentera Syria tnya dr mna dtg, mrk jwb Syria (walaupun bukan sbnrnya). bla smp turn beliau dtnya, beliau jwb Maliziya, trus x dpt masuk. Alhamdulillah beliau brjaya jg cari jln belakang dn masuk pd waktu mlm scara smbunyi. Sbelum bliau pg, beliau prnh kt "ana klu tgk prempuan2 Turki ni msti rsa mcm nk kena kwen da ni, x tau sbb apa". ketika beliau brmalam d wad hospital Syria , beliau trdgr bunyi bom yg sgt kuat, trus beliau mengucap dn brsedia utk syahid (krn salah satu tujuan beliau ke Syria jg adlah utk syahid). kemudian x de apa2 brlaku beliau trus tidur. Dlm tidurnya beliau brmimpi brtemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau d Syria, beliau ad brtanya dgn sorang pemandu di Syria (kbetulan driver tu boleh ckp inggeris skit2) "knapa pemuda2 kt sini brani betul dn nk syahid" driver tu jwb "pemuda kt sini da x pandang da harta bnda dan wanita2, diorg sume hnya tggu syurga dn bidadari syurga, sbb tu diorg nk syahid". Beliau pun ceritakan apa yg beliau mimpi, driver tu kt "awak ni boleh mati syahid ni". Sekembalinya beliau ke Istanbul dgn slamat, kami pun (psl baru habis baca buku 'Kemenangan yg Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkn beliau 'Syahid yg Trtangguh'. Bila beliau cerita pd kami yg beliau mimpi. kami smua gelak dan kata, "nta ni kuat sgt brgurau". Namun hari2 berikutnya beliau mmng brubah, setiap kali beliau pndang prempuan, tiada apa2 yg drasainya. 'Ajeeb!!!

Prnah jg beliau minta pd sy, "nta tlg ngaji time ana kawen nnti ye" sy pun jwb smbil trsengheh "dah dkat ke? dgn org mna?" Beliau jwb "ana mintak ayah ana carikn, ayah nk cari org bosnia" ktanya smbil brseloroh. Beliau jg ckp "nnti klu kt ana meninggal kt sini pun nta tlg ngaji jg skit paling2 pun Qul huAllah pun ok la" sy pun jwb "x yah la ckp2 mcm tu".

Bbrp hari sblum beliau pergi mngahadap Yang Maha Esa, kami brtemu dlm satu majlis makan malam di Çamlıca. turut dhadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kbetulan bbrp hari sbelum itu pula, sy brkesempatan brtemu dgn Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nnti sy terangkn knapa sy selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya sy mcmna bleh jmp Dr. Davut sbb beliau nk sgt jmp dgnnya. Sy jwb Dato' Seri Anwar Ibrahim yg bwk jmp msa dia dtg Beşiktaş hari tu. Beliau kt Dr. Davut seorang yg sgt bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) shj dah boleh gerunkn musuh2 Turki. Pd mlm itu beliau brcakap bnyak lebih dr biasa.

HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi x sy sangka2 itulah prtemuan perpisahan kami di ardhillah ini krn 2 hari slps itu, insan yg sudah sy anggap sprt abang dn murobbi tlh dpanggil mnghadap Tuhannya. Beliau prgi meninggalkn kami dan ummah buat slama2nya. Saat beliau ingin melintas d jln raya, kaki beliau trgelincir krn jln mmng agak licin, trus dlanggar sebuah ambulan kena bhg bahu bliau (faham2lah ambulan Turki laju mcmna). Kami trus ke hospital utk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba d airport pd besoknya dgn keadaan yg ckup tenang (sy x prnah melihat wajah setenang mrk yg baru shj kehilangan seorang prmata yg lebih awal dpanggil olehNya, malah beliau mrupkn satu2nya anak lelaki dlm kluarga). Sy masih x dpt trima hakikat ketika itu, ia sprt mimpi. Setelah jenazah dmandikn, kelihatan peluh msih ad pd wajah beliau. Sy knal muka beliau time tidur dn begitu lah wajah yg sama pd ketika itu, mmng rasa mcm nk kejutkn je. Namun Allah lebih mnyayangi beliau.

Ketika jenazahnya d solatkn di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yg hadir. Pd ketika itu, saya yakin beliau seorang yg tiada musuh. Rakan2nya sama2 ponteng klas pd hari itu sbb lecture2 pun x dtg univ. smata2 utk brsama solatkn jenazah beliau. Saat dkebumikn di prkuburan Eyyüp Sultan Camii, rmai yg x sangka beliau boleh dtempatkn d situ (krn prkuburan tresbut jg ad maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yg lain, jd agak luar biasa klu org yg tiada kaitan dgn krajaan tmbahan pula foreigner utk dtempatkn d situ) MasyaAllah. Ketika itu, kwan2 univ. beliau turut mmakai lencana gambar beliau pd pakaian masing2. Dlm video ini, sbnrnya bukan sy djemput utk bc surah Al-Ikhlas (x sprt yg trtera dlm video), tp sayalah yg minta utk baca. Sy ckap dkat Hoca bhw Al-Marhum prnah minta sy bc pd msa ini. Sy pun baca surah Al-Ikhlas sbnyak 3 kali (dlm video tu kali prtama), kali ke2 dan ke 3 sy sebak dan x dpt menahan air mata yg mengalir mengenangkn prmintaan beliau smasa hayatnya yg pd masa itu sy fikir beliau brgurau. setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jmp dn kata pd sy smbil senyum "nnti bc lama2 lg", sy trdiam, hati sy kata pkcik ni x rsa sedih ke, sy lebih emosi dr bapa beliau ketika itu. Pd keesokan harinya, bapa beliau mndpt pnggilan telepon dr Dr. Davut yg turut mngucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka org yg teringin sgt beliau nk jmp smasa hidup tp x brkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mndpt pengetahuan org itu. Bbrp hari yg lalu, fakulti beliau d Univ. Marmara tlh menanam sbuah pokok yg dberi nama smpena nama beliau. Papan utama d Marmara Univ tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" y g brmaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana trsebut kata pd sy smbil mnggeleng kepala "ini bukan anak yg pkcik didik ni, mesti ad org lain yg didik dia smp ke tahap ini."

Last skali sblum beliau pergi, status terakhir beliau d FB surah Taubah ayat 111 yg mana Allah brfirman "Sesungguhnya Allah mmbeli org2 mukminin, diri mrk serta harta mrk dgn syurga" ckup mmberi kesan kpd sesiapa shj yg mmbcanya. Sy redha beliau tetap telah pergi. hnya ilmu, nasihat dan smangat yg beliau tggalkn pd sy. kalau dulu org sebut Fatih var mı? pasti akan ketawa trbahak2, namun kini kalau dsebut lg, hnya wajah beliau yg akan dkenang dan air mata akan mngalir. Rmai diantara kami ingat apa yg jd pd beliau akan mnjadi kerisauan ibu bapa d luar utk mnghantar anak2 mrk ke Turki. Namun kuasa Allah rupa2nya beliaulah pncetus dan pembuka mata kpd masyarakat utk mula mngenal apa itu Turki dsamping mnjalinkn hubungan yg erat ntara Msia dan Turki.

Sungguh, beliau hebat,hebat, mmng hebat!!!. Moga dgn hnya menonton video ini rmai lg pemuda2 yg akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Sy pasti dan akan slama2nya mencemburui beliau. "Abg Long Ammar Ağabey.Seni çok seviyorum". Doakan beliau dtempatkn brsama para mukminin.

Al-Faatihah.

MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
20/11/2013
İSTANBUL,TÜRKİYE""

Tuesday 6 August 2013

Koleksi SMS Ucapan Hari Raya Aidil Fitri

SMS 1
Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang
sebosar alam.
Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok
tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko.
Kok poei biarla nampak belakang. Jauh
diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak
kato. Dogup bicagho,meghisik raso.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin daripada
(nama penghantar dan family)

SMS 2
Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir &
Batin.
(nama penghantar dan family)

SMS 3
Mä$äk £èmäñg $àmßil bdiri, hèndäk makäñ di
Aidifitri,nàk häñtär käd räyä posmén däh
cuti,SMS sahäjä dpt ku bèri.Bùkän lùpä trädi$ì
täpì ìkùt tèknøløgi térkiñi yg ädæ d ùjùñg järi.
SELÄMÄT HÄRI RÄYÄ ÄIDI£FITRI MAÄF ZÄHIR
BÄTiÑ….. (nama penghantar dan family)
Koleksi Ucapan SMS Selamat Hari Raya Aidilfitri

SMS 4
“Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur,
kalau salah saya belum berakhir, diharap
diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi
ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg
belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar
amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam
kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat
rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA
AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Dari (nama
penghantar dan family)

SMS 5
ANaK CiNa SgGuH LWä JäDì PlüKìS dBäWäH
PòHòN,
äNdäì KäTäKù MéNüSüK JìWä JäRì dSùSùN
MaäF KüPHòN.
SèLämät Mnyämbùt Härì Räyä AìdìLfìtrì MÄÄF
ZÄHìR & BÄTìN. – (nama penghantar dan family)

SMS 6
B4 ÄidilfitRI datang,
B4 Ramadhan pergi,
B4 operator bz,
B4 msg asik pending,
B4 kdt abes..
Nk wish awl2, slamat Hari Raya Aidilfitri, mäÅf
zäHir & BÄtin..
Drp (nama penghantar dan family)

SMS 7
BiLe RaYa LiNe Bz GiLa,
MaSa Tu MaKi Pun x GuNa,
MaXis, CeLcoM, DiGi SuMenYa SaMa,
OrG BiJaK x Yah TgGu RaYa, uCaP sKrG Pn
BoLeH aPa!
SeLaMaT HaRì RäYe. (nama penghantar dan
family)

SMS 8
Di Aidlfitri ini, maafkan andai ada
TERsalah,
TERsilap,
TERumpat ,
TERsengaja atau tidak,
Moga kita telah mendapat keampuanan,rahmat
di Ramadhan lalu. (nama penghantar dan family)

SMS 9
Dlm kerendahan hati
ada ketinggian budi,
Dlm kemiskinan harta
ada kekayaan jiwa,
Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran
kata, Dlm gurau & senda tentu ada khilaf & dosa.
MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim
diberkati Allah (nama penghantar dan family)

SMS 10
Jmbngan indah lg b’seri..Mnjadi hiasn
diaidilfitri..Sms dikrim pngganti diri.Tnda ingtn
xlupa dihati.. Selamat Hri Rya AidilFitri Maaf Zhir
Btin.. (nama penghantar dan family)

SMS 11
.***.,.***. __
* salam * | |
* aidilfitri * (ö, )
“*.,.*” (“)(“) maaf zahir & batin.
(nama penghantar dan family)

SMS 12
(‘) = -=*” * ” *
__ii__ Pelita
I____I diletak
diatas para, Hendak dinyalakan d tepi perigi,SMS
dhantar pengganti kad raya,Tanda igtn d AìD!L
fiTRi…
Salam tulus Ikhlas dari (nama penghantar dan
family)

SMS 13
.i. .i.
* l.l _£_ l.l *
.l.l_(“”””‘)_l.l.
:l.:.:.:.:.:i:.:.:.:.:.l:
HiDP iNi iNDH JKa SGÄLÄNya KRN
, w ,
c(_)_)I
slm aidilfitri.Smg lbrn ini dlmphi rhmt n
hdyhNya.maaf zahir n batin.
(nama penghantar dan family)
Koleksi Ucapan SMS Selamat Hari Raya Aidilfitri

SMS 14
Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir
menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang
gembira, di sambut dgn rasa suka. Di
kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat
Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari
(nama penghantar dan family)

SMS 15
Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Daripada (nama penghantar dan family)

SMS 16
ISNIN cari SELASA ,
Nk tanya nampak x RABU,
Agar igtkn KHAMIS, bgtau
JUMAAT, supaya xlupa
Msj kt SABTU, yg AHAD dh raye!!
Selamat Menyambut hari raye aidil fitri maaf
zahir dan batin..
(nama penghantar dan family)

SMS 17
although no face to face,do not shake hands,but
hearts was close to saying sorry for any
mistake,Minal ‘Aidin wal Faizin,apologize and
unseen…..aq nuwun pangapura kesalahan pitutur
uga tindakanku marang kowe,muga-muga kabeh
dosaku lan dosamu di lebur ing dino riyoyo Minal
Aidin wal Faizin

SMS 18
Kian Berlabuh Tirai Ramadhan, Lambaian Syawal
Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi, Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.

SMS 19
Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di
tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di aidil fitri. Selamat Hari Raya
Aidil Fitri

SMS 20
Di Aidil Fitri Mulia, Maaf Dipinta andainya
TERkasar Bahasa TERsilap bicara TERmarah yg
x kena TERtanya yg x tentu hala TERsasul yg x
sengaja TERpukul kat mana2 TERpinjam harta
benda TERmoody x semena2 TERumpat bila2 &
macam2 lg yg TERsalah & TERsilap. SELAMAT
HARI RAYA AIDIL FITRI

SMS 21
Pelita indah lagi berseri, menjadi hiasan di aidil
fitri, SMS dikirim pengganti diri, tanda ingatan
tak layu di hati, SELAMAT HARI RAYA AIDIL
FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

SMS 22
Blm Ramadhan mnjelang kini, Sdhlh tiba masa
dnanti, Syaitan & Iblis sdh dgari, Tgllh
Jembalang yg baca SMS ini!!!

SMS 23
Masak lemang sambil berdiri, Hendak makan di
aidil fitri, Nak hantar kad posmen dah cuti, SMS
jer boleh ku beri. SELAMAT HARI RAYA AIDIL
FITRI.

SMS 24
Ada ketikanya… MATA silap memandang,
TELINGA slh mndengar, LIDAH trlnjur brkata,
FIKIRAN khilaf mnafsir, & HATI silap mnduga.
Mohon maaf atas segalanya, Salam Aiil Fitri.

SMS 25
I Meet IMAN, TAQWA, PATIENCE, PEACE, JOY,
LOVE, HEALTH & WEALTH today. They need a
permanent place to stay, I gave them your
address. Hope they arrived saftly to celebrate
RAMADHAN with U. May ALLAH bless U &
family.

SMS 26
Lapar Puasa Terketar2, Bila berbuka lega
rasanya, Kad raya tak sempat nak hantar, SMS
pun kira oklah ye…!

SMS 27
Membeli belah dipasaraya, Sambil mengorat
anak Pak Ali, Kalau puasa “Selamat Hari Raya”
Kalau tak puasa sambutlah “Depavali” “Selamat
Hari Raya Maaf Zahir Batin”

SMS 28
RAMADHAN telah menjelma. Berdoalah sebelum
menjelangnya SYAWAL BERDOA BERDOA
BERDOA BERDOA ORANG CAKAP BERDOA LAA…
Bukan picit-picit henpon!

SMS 29
Makan Roti Dengan Sekaya,
Selamat Hari Raya

SMS 30
Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

SMS 31
Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.

SMS 32
jambangan indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
sms ku kirimkan pengganti diri,
tanda ingatan tak lupa dihati

SMS 33
bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…
Koleksi Ucapan SMS Selamat Hari Raya Aidilfitri

SMS 34
Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.

SMS 35
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

SMS 36
kuih makmur kuih tat
mari makan sama ketupat
bukan je selamat hari raya tapi hari raya yang
slamat
itu yang perlu kita ingat

SMS 37
Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.. ;b

SMS 38
Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

SMS 39
Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

SMS 40
Buah pauh ditengah bendang
Jadi dagangan ditengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

SMS 41
Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera

SMS 42
Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

SMS 43
Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

SMS 44
Negara kita aman sentosa
Jangan dilupa orang terinyanya
Makan sudah baju bergaya
Orang fakir jangan dilupa

SMS 45
Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdetum detam
Riang gembira dihari raya

SMS 46
Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di hari raya
Bermaaf-maafan riang gembira

SMS 47
Menyeberang lautan melintas negeri
Terbang jauh dari Itali
Datuk nenek muka berseri
Anak cucu telah kembali

SMS 48
Gua Niah pintunya lebar
Dayak dusun jadi penjaga
Datuk nenek tidak tersabar
Kuih tersusun di atas meja

SMS 49
Memukul gendang pelbagai gaya
Amat meriah riang gembira
Ramai bertandang di hari raya
Tersenyum riang sanak saudara

SMS 50
Sebelum lidah keluh,
sebelum hati kembali membeku,
sebelum tangan kaku & sulit hanya untuk
sekedar minta maaf lewat sms
& sebelum semua operator sibuk..
MOHON Maaf atas semua khilaf yg ku lakukan

SMS 51
Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.

SMS 52
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

SMS 53
secebis kasih membuatkan kita sayang
seucap janji membuatkan kita percaya
sedikit luka membuatkan kita kecewa
tapi sebuah persahabatan selamanya bermakna
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

SMS 54
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pon sudah
Duit raya takkan dah lupa.

SMS 55
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai
SMS 56

moon may come,
moon may go,
when syawal come,
ramadhan has to go,
if lebih mkn,
if silap seloroh,
plez 4givekn,
make it zero zero,
selamat hari lebaran,
lebarkn persaudaraan,
kosongkn persengketaan
selamat hri raye,
maaf zahir dan batin

SMS 57
Andai jemari tak sempat berjabat,
andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang,
ku aturkan salam menyambut
hari raya idul fitri,
jika ada kata serta khilafku membekas lara,
mohon maaf lahir dan batin.

SMS 58
Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

SMS 59
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf sekiranya ada
tersilap,terkerek,terover,terkurang,terpoyo dan
semua ter lagi.
0-0 aaa.

SMS 60
Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU,yang
dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat
itu AMANAH,yang mudah itu BERBUAT
DOSA,yang panjang itu AMAL,SOLEH yang indah
itu SALING MEMAAFKAN”Salam aidilfitri maaf
zahir dan batin”.

SMS 61
Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.

SMS 62
Seiring salam seharum ganja
Kasih sebening heroin,
Dengan hati seputih syabu,
Walaupun ada dosa sekecil extacy.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

SMS 63
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

SMS 64
Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.

SMS 65
Cahaya ramadam berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.

SMS 66
Jika jiwa sebening air,
maka jangan keruhkan.
Jika hati seputih awan,
jangan mendungkan.
Raih kemenangan dengan saling bermaafan.
Selamat Hari Raya Idul Fitri.

SMS 67
Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin

SMS 68
Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah AIDIL Fitri,
NAk antar KAD RAYA Posmen dah cuti,
SMS aje penggganti diri.
Maaf Zahir dan Batin,

SMS 69
Jambangan indah lagi Berseri,
Mnjadi hiasan diAidilfitri,
SMS dkirim pengganti diri.
Tanda ingatan tk lupa dihati,

Tuesday 30 July 2013

Bahaya Syiah!!!

23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah.

1.Mereka tidak membasuh kaki ketika berwudhuk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.

2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah (disisi) tanpa meletakkan tangan di atas dada.

3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.

4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pahanya beberapa kali.

5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib-isyak walaupun tanpa bermusafir.

6.Menghalalkan nikah mut’ah (nikah kontrak mengikut hari atau bulan).

7.Memaki hamun dan mencela para sahabat Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.

8.Mencela imam-imam ahli sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.

9.Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap. Sepatutnya al-Quran 2 kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.

10.Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.
Ali dilantik oleh Allah meggantikan Nabi saw sebagai imam dan AbuBakar, Umar, Usman adalah perampas hak Ali. Ini bermakna 3 khalifah trsebut tidak beriman kepada perlantikan oleh Allah dan membawa kepada kekufuran mereka.

11.Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar, Umar, Usman, Muawiyah dan Aisyah.

12.Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum (bebas dari dosa-doa kecil dan besar). Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.

13.Mengaku sebagai pengikut ahli bait (ahli rumah) Nabi SAW.

14.Rukun Islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun Islam pertama bagi syiah adalah walayah (imam 12). Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.

15.Kain kafan mayat mereka bertulis.

16.Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12.

17.Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah. Biasanya mereka letak di dalam bilik.

18.Suami halal meliwat isteri.

19.Harus taqiah (boleh menipu \ berpura-pura) untuk menarik ahli sunnah masuk syiah.

20.Mereka tidak ada solat tarawih. Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.

21.Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.

22.Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
Bahkan ada di kalagan mreka yang menganggap haram puasa kerana seolah-olah bersyukur ke atas kesyahidan Sayyidina Husain.

23.Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali, pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait. Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat. Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong.Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan. Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.

[Disemak oleh: Ustaz Ahmad Nasim, Abu Naaielah. AAM, 21 Ramadhan 1434H.

- tolong sebarkan kesesatan syiah ini.