...syukran...

Sunday, 14 August 2011

5 PERKARA YANG SEHARUSNYE DISEBUT..Wallahu'alam...

Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu














1) Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.


2) Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa & kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi & merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam & melabur saham akhirat.


3) Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua & bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri & kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat?  Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Ali r.a dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali r.a masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil & bergelumang dengan dosa? Astaghfirullah ..



4) Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri & keluarga
Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut & mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub.

Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga.

Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu. Astaghfirullah ..


5) Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain
Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan & kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban & kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita.

Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak.

Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik.  Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

"If you chill too much in this dunia, you're going to thaw in hell."-Suhaib Webb-


Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin...

LETS MENGISLAHKAN OURSELF TO BE THE BEST AMONGST THE BEST. INSYAALLAH ..


             copyright by: http://allahseeker.blogspot.com/

Saturday, 13 August 2011

Berbuka Puasa ditengah2 Highway Bukit Kor...kenangan terindah awok2...

Hari nie 13/8/2011 Bersamaan 13Ramadhan....

petang tadi gi lah cari makanan bazar,xtahu nok gi bazar ane last  ambe g bazar kat marang dengan awok2,
xjauh mane gurau,buleh tahan lah..hermm...
mase g molek2 ade jer nerak,atah bukit kor owhh...
mase balik ade r dalam  pukul 6.40,tengoh2 sedak nerak atah bukit...hottoh,mutor matnif wak hal..
hermm,xparok ane tayar pecoh terus,maen gelek..bukan tiub pecoh..bale2~

nok wak gane,nok jadi ke cerite,dugaan blakew owh kang,kite dok tahu...
hermm...kandas terus betul2 tengah2 bukit...xseram ane r,buleh tahan,lagipom bulan pose..nok takut nape,wak xtahu sudoh...
                                                      juadoh buke terus...

tunggu punyer tunggu,kat2 nok buke pose owhh,standby jerlah ape yang patut...makan tepi jalan sudoh,
makang roti,air kotok laici ramai2..huhhh jahak gop buke time susoh ngan awok2 erhh..hehe
pah kat kul 8,adop kete suter lalu,gelap owhh kawasan bukit kor,hermm...
lame pade tuh,keri pom sapa dgn pesal mari ator tayar siap ngan rim suter...bereh..
tukor2,pah siap blakew tembow lah...
maenan ape atah bukit gitu..huhu adop d buat oram..ahaha..
Moral of Situasion:time nok derah yer jadi lambak,hermm...lain kali nok beli makanan tuh ita bazar dekat2 doh lah..
*ambe,acik,najib,adek awang,matnif....huhh pengalaman xleh ambe lupe bg pose tahun nim kot sampai bile2..hehe
           suke?seronok?laen kali erek lagi tau~
                        sunyi sepi jalan bukit kor~



                             tengoh2 gelap..maen ender !haha

Kisah Puasa Si Miskin...Renung2kanLah....




Aku telah menemui sebuah rumah yang usang dimana rumah
berkenaan berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah
berkenaan terdapat beberapa orang anak kecil yang nampaknya lesu & letih.

Lalu aku menghampiri rumah berkenaan & bertanya kepada kanak-
kanak berkenaan. Lalu keluar si kakaknya yang agak-agak berumur dalam
lingkungan 11tahun. Aku bertanya " mana emak? "

Lalu dijawab budak itu emak pergi menoreh. Dan mana bapa, dia
mengatakan bapanya pergi kerja. Habis adik yang kecil ini duduk dengan siapa pula.
Disitu terdapat seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.

"Adik ini duduk dengan sayalah" cakap budak berkenaan.

Saya bertanya lagi berapa orang adik-beradik, lantas dijawab
oleh budak itu "sepuluh". Dan adik ni yang ke berapa , "saya yang kelapan ".
Mana abang abang kamu pergi, dia memberi tahu pergi menolong emak menoreh.

"Adik puasa hari ini?" , dijawab pula budak berkenaan.
"Sama saja pakcik puasa atau tidak sebab kami hanyak makan 1 kali sehari".
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi adik bersekolah dimana,
"saya tidak bersekolah sebab ibubapa saya tidak mampu".
Bapa kerja apa?,
"tangkap ikan disungai untuk dijadikan lauk untuk berbuka puasa ".

Budak berkenaan memberi tahu saya lagi, lebih baik bulan puasa
dari bulan lain kerana pada bulan berkenaan saya dapat merasakan kuih, sebab
selalu sahaja orang hantar.



Memandangkan keadaan berkenaan, aku meninggalkan keluarga
berkenaan & kebetulan disimpang jalan ada orang menjual daging lembu
tempatan Aku membeli satu kilo tulang lembu dan rempah sup serta 10 kg beras untuk disedekahkan kepada keluarga berkenaan.

Bila saja aku beri segalanya kepada keluarga berkenaan, kanak
kanak berkenaan melompat kegembiraan dengan kata, "yeh yeh kita dapat makan
daging malam ni".
Aku bertanya kepada sikakak mengapa adiknya girang sangat.
Dia memberitahu sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang pula saya dapat makan daging lembu.

Seminggu kemudian aku datang lagi kerumah berkenaan. Apabila
anak-anak dirumah melihat aku datang, mereka menyambut dipintu rumah lagi,
kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu beliau.
Sungguh menyedihkan cerita yang kudapati.
Anak yang berumur 4 tahun memberitahu aku yang sudah seminggu dia makan sup tulang yang aku berikan haritu. Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah makcik, budak berumur 4 tahun itu memberitahu aku.

Aku bertanya kepada emaknya macamana dia buat. Hari mula-mula tu kita rebus tulang berkenaan, dia memberitahu anak-anak jangan buang tulang yang di makan berkenaan. Lalu beliau mengutip kesemua tulang yang telah dimakan tadi & direbus semula untuk malam keesokannya. Begitulah setiap hari, katanya tak boleh makan isi boleh akan air rebusan tulang itu sudah memadai bagi anak-anaknya.
Aku bertanya lagi upah menoreh berapa makcik dapat. Cuma RM3.00 sehari & ayahnya berkerja macamana, kalau dapat ikan dijadikan lauk untuk dimakan setiap hari.


Cukup sedih memikirkannya. Berpeluangkah kita merasa air rebusan sup tulang sahaja sepanjang hayat kita? Atau kita buangkan saja isinya semata- mata kerana TAK SEDAP? Mudah-mudahan menjadi tauladan bagi kita dan hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa yang ada pada kita.
-Kisah ini diadaptasi dari sebuah cerpen-


Dalam perjalanan suluk, cara Allah menguatkan keimanan kita adalah dengan mengirimkan berbagai ujian kehidupan kepada kita.

Allah Taala berfirman :
Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
(Al-Baqarah : 155)

Allah Taala berfirman :
Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamuagar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.
(Muhammad : 31)

Hidup kita susah tetapi tidak kita ketahui hidup orang mungkin lebih susah lagi.
Marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi hamba-Nya yang selalu bersyukur atas nikmat kurniaan Ilahi yang tidak terhingga.
Alhamdulillah, Ya Ghani ..
Jom MENGISLAHKAN Diri : )

The Beauty of Islam
                 copyright by:http://allahseeker.blogspot.com

Friday, 12 August 2011

Ini Bukan Seloka, Ini Kenyataan Ramadhan Akhir Zaman




Tertipunya manusia-manusia di akhir zaman,
Salah satunya ketika menyambut Bulan Ramadhan,
Waktu berbuka umpama pesta makanan dan minuman,
Perut yang berkeroncong segera didahulukan,
Solat Maghrib tidak pula disegerakan,
Ramai yang melaksanakannya selepas pukul lapan (Malaysia),
Ramai juga yang lupa untuk menunaikan,
Dek kerana asyik melayan lauk pauk dan hidangan..
Sembahyang terawih pula sekadar syarat Ramadhan,
Namun batinnya tidak diselit  rasa kehambaan,
Yang Hafiz bacaannya dikormesilkan,
Yang Imam sibuk mensyaratkan bayaran,
Yang menderma minta dihebah-hebahkan,
Habis terawih, asap rokok berkepul-kepulan,
Yang muda dan yang tua berbual tentang dunia dan hiburan,
Yang wanita berbincang tentang raya dan persiapan,
Kanak-kanak yang memerhati pula menjadikannya teladan..
Katanya bulan ibadah.. Bulan Ramadhan,
Sepatutnya perlu bersifat tawadhuk serta penuh kesedaran,
Bulan yang sepatutnya hilai tawa dikurangkan,
Agar dapat melaksanakan ibadah dan merasai kenikmatan,
Sungguh hiba bila fungsi Ramadhan disalahgunakan,
Dan dikuasai nafsu walaupun tanpa syaitan,
Semua perkara dibuat bukan kerana Tuhan..
Apakah akan ada maghfirah yang bakal dikurniakan?
Jika ini sikap kita, adakah pahala akan digandakan?
Lailatul Qadar yang bakal menjelang mampukah dikejarkan?
Atau hanya dosa dan laknat Allah S.W.T yang akan ditimpakan?
Fikirlah, fikir-fikirkan....

Wednesday, 10 August 2011

11 Jenis Manusia DiDoa Malaikat....

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

akuislam.com
tidur
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
akuislam.com
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
akuislam.com
9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”
10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI DOSA BERZINA...Renung2kanlah


Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah ..


Never feel your sin is too huge for you to seek forgiveness for it. 
Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung.
Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam. 

Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping & roman mukanya yang ayu,
tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.
Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa AS. 

Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam.
Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.
Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk.
Air matanya berderai tatkala ia berkata,




“Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya” 

“Apakah dosamu wahai wanita ayu?”, tanya Nabi Musa a.s. terkejut. 

“Saya takut mengatakannya”, jawab wanita cantik. 

“Katakanlah jangan ragu-ragu!”, desak Nabi Musa a.s. 

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, “Saya...telah berzina” 

Kepala Nabi Musa a.s terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, 

“Dari perzinaan itu saya pun lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya.
Cekik lehernya sampai mati”, ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. 

Nabi Musa a.s berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, 

“Perempuan bejad, pergi kamu dari sini!
Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu.
Pergi!”,teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik. 

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit & melangkah surut.
Dia terhantuk-hantuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. 
Ratap nangisnya amat memilukan.
Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.
Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya.


Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?
Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.
Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. 

Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, 

“Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya?
Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?”, Nabi Musa terperanjat. 

“Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina & pembunuh itu?”, Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. 

“Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?” 

“Ada!”, jawab Jibril dengan tegas. 

“Dosa apakah itu?”, tanya Musa kian penasaran. 

“Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja & tanpa menyesal.
Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina” 

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja & tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib & tidak perlu atas dirinya.
Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur & memerintah hamba-Nya.
Sedang orang yang bertaubat & menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya & yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya.
Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya. 


Demikianlah kisah Nabi Musa & wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita & timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah. 


Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : 
“Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia. 


“Qul, Amantu bil-Lahi, tsumnas-taqim” 
“Katakanlah! Aku percaya kepada Allah & kemudian pegang teguhlah pendirian itu” 

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung."
(Ali Imran :105) 

Ya Allah Ya Fattah Ya 'Alim,
I'm not the best Khalifah
but
I'm trying my best to be the best Khalifah amongst the best
Please show all of us to the right path, Ya Wahhab
Amiin Ya Robbal Alamiin

"The sweetness of this life is found in remembering Allah; the sweetness of the next life will be found in seeing Him"
The Beauty of Islam

Saye Sayang MAK saye Dunia Akhirat !





ummi..emak..ibu..bonda..mama..mami..mom..

Orang kata aku lahir dari perut Mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... Mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... Mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. Mak
Kata Mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... Mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... Mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... Mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... Mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... Mak
Bila nakal, yang memarahi aku....Mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... Mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah..... Mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... Mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... Mak
Aku selalu teringatkan .... Mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... Mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... Mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. Mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... Mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... Mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... Mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... Mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku..... Mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... Mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... Mak
Yang selalu berleter kat aku... Mak
Yang selalu puji aku... Mak
Yang selalu nasihat aku... Mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... Mak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk Mak ?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya....

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.