...syukran...

Tuesday 9 August 2011

AHLAN WA SAHLAN RAMADHAN AL-MUBARAQ

alhamdulillah~

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw, beliau bersabda:
"Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan  & hanya mengharapkan pahala kepada Allah maka diampunilah dosanya yang telah berlalu."
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Di dalam kita menahan lapar terdapat 10 kebaikan dan di dalam kita kekenyangan terdapat pula 10 kemudaratan.


LAPAR
menjernihkan hati, mencerdaskan otak, dan
menerangi pengelihatan hati 
KENYANG
menyebabkan kebebalan, membuatkan hati buta 


LAPAR
merasai kelazatan berzikir kerana hati lembut
dan bercahaya. 
KENYANG
zikirnya hanya di lidah dan hati tidak
merasa apa-apa, hatinya tertutup daripada cahaya
Allah.


LAPAR
menyebabkan hilang rasa angkuh dan ego. Di
saat ini rasa kehambaannya pada Tuhan adalah memuncak,
hatinya akan tenang. 
KENYANG
tidak merasa kebesaran Allah, rasa ketuanan
akan memenuhi hati.




LAPAR
tidak melupai bala Allah. Orang yang berakal
cerdas akan mengingati bala di Akhirat apabila melihat
bala di dunia. 
KENYANG
menyebabkan seseorang itu lupakan kelaparan
dan lupa bala Allah.


LAPAR
mematahkan hawa nafsu terhadap segala bentuk
maksiat kerana lapar akan melemahkan nafsu. 
KENYANG
mudah mengikut nafsu kerana kekenyangan
adalah pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hati
manusia.




LAPAR
kuranglah tidurnya dan mudah untuk bangun 
KENYANG
akan merasa mengantuk kerana gas yang
dihasilkan oleh pencernaan makanan Meruap ke otak.
Otak kekurangan oksigen.


LAPAR
terhindar daripada banyak jenis penyakit
kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada kandungan
makanan yang dimakan. 
KENYANG
mengundang pelbagai jenis penyakit seperti
diebetis, taun dan lain-lain.



LAPAR
mudah untuk mendapat khusyuk dalam ibadah
kerana pintu godaan syaitan tertutup. 
KENYANG
syaitan makan mengganggu ibadahnya
menyebabkan ia tidak dapat menumpukan hatinya pada
Allah.


LAPAR
menjimatkan perbelanjaan di kala kegawatan ekonomi kerana dapat mengurangkan perbelanjaan
terhadap makanan. 
KENYANG
sudah tentunya memerlukan perbelanjaan untuk
mendapatkan makan bagi tujuan ini sedang negara
menghadapi krisis ekonomi yang hebat. 




LAPAR
menyemai rasa kasih sayang pada insan lain
terutama fakir miskin dan anak yatim. 
KENYANG
tidak merasai kesusahan orang lain
seterusnya 
menyebabkan hilang kasih sayang di hatinya.

Sahabatku sekalian,
lapar merupakan tali yang mengikat nafsu. Ingatlah
bahawa syaitan sentiasa berada dalam diri anak Adam
& berjalan melalui salur darah (arteri dan vena).
Dan saluran itu akan disempitkan untuk syaitan dengan
berlapar & haus. Cubalah menehan diri daripada
terlalu banyak makan & minum dengan cara berpuasa.
Bila berbuka berbuka jangan hentam habis pula.
Berusahalah untuk membuktikan kasih & sayang pada
diri kita. Kasihilah akal, hati & badan, agar
anggota itu berfungsi dengan baik. InsyaAllah kita
akan dapat memberi kasih sayang pada orang lain &
semoga NUR Allah akan menyinari hari-hati kita.
wallahua'lam.. 


Dalam sedang kita enak menikmati juadah yang lazat & berkhasiat ketika sahur & berbuka puasa,
fikirkan sejenak  . .
Adakah semua umat Islam dapat juga bersahur & berbuka puasa sebagaimana kita yang bernasib baik ini?
Kadang-kadang banyak makanan terbuang . .
Kadang-kadang kita merungut . .
Kadang-kadang kita terlupa bersyukur pada-Nya yang tidak putus-putus memberikan rezeki walaupun tanpa kita pinta . .
Sedarkah kita??
Ya Allah, lindungilah hamba-Mu ini dari terus-menerus mengufuri nikmat-Mu . .
Sahabat-sahabatku,
La Tahzan wa La Takhaf, InnaAllah Ma'na . .

Kepada yang bernasib baik, Ingatlah :
Allah Taala berfirman:
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan:
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada-Mu & jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."
(Ibrahim : 7)


Dan buat mereka yang diuji Allah Taala dengan kekurangan di atas dunia yang sementara ini,
Dengarlah :
Allah Taala berfirman :
"Janganlah kamu bersikap lemah & janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."
(Al-'Imran : 139)

Tersenyumlah walaupun ianya sangat menyakitkan kerana senyuman yang paling manis adalah ketika mana seseorang yang dalam kesukaran masih mampu untuk mengukir senyuman : )

Salam Ramadhan Al-Mubaraq
                                          
 copyright by http://allahseeker.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment