Hamba ALLAH yang lemah lagi banyak dOsa dan berusaha memperbaiki diri~INSYAALLAH...
...syukran...
Tuesday, 9 August 2011
AZAB MENINGGALKAN SOLAT. MUHASABAH DIRI BERSAMA.
Dosa Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.
ENAM Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.
TIGA Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.
TIGA Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :
1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.
TIGA Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.
Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: “Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)
CIRI-CIRI WANITA SHOLEHAH
♥ Taat kepada Allah& RasulNya
♥ Berbuat baik kepada Ibu bapak
♥ Senantiasa taat berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati
♥ Menutup dan menjaga aurat
♥ Tidak berhias apabila keluar rumah
♥ Berhias hanya untuk suaminya
♥ Tidak keluar sendirian atau bersama lelaki kecuali mahramnya
♥ Senantiasa memperbaiki dan menambah ibadah
♥ Suka mempunyai anak yg ramai serta mendidik mereka dengan bersungguh-sungguh..
Sepuluh Jenis Orang Islam Yang Kejam !
- Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri & tidak mendoakan anak-anaknya & kaum mukmin.
- Seorang yang pandai membaca Al-Quran,tetapi tiap harinya tidak membaca 100 ayat.
- Seorang yang masuk masjid lalu keluar & tidak solat 2 rakaat (Sunat Tahyatul Masjid).
- Seorang yang berjalan melalui kawasan perkuburan kemudian tidak memberi salam & mendoakan ahli kubur.
- Seseorang yang sampai di sebuah kota pada hari Jumaat kemudian tidak solat Jumaat.
- Seseorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim,tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
- Dua orang yang bertemu di perjalanan & masing-masingtidak bertanyakan nama kawannya itu.
- Seorang diundang ke jamuan tiba-tiba dia tidak datang.
- Pemuda yang tidak ada kerja & tidak mahu belajar ilmu & kesopanan.
- Seorang yang kenyang sedangkan dia tahu bahawa tetangganya lapar,tetapi tidak diberikan makanannya itu.
AHLAN WA SAHLAN RAMADHAN AL-MUBARAQ
alhamdulillah~
Di dalam kita menahan lapar terdapat 10 kebaikan dan di dalam kita kekenyangan terdapat pula 10 kemudaratan.
LAPAR
menjernihkan hati, mencerdaskan otak, dan
menerangi pengelihatan hati
KENYANG
menyebabkan kebebalan, membuatkan hati buta
LAPAR
merasai kelazatan berzikir kerana hati lembut
dan bercahaya.
KENYANG
zikirnya hanya di lidah dan hati tidak
merasa apa-apa, hatinya tertutup daripada cahaya
Allah.
LAPAR
menyebabkan hilang rasa angkuh dan ego. Di
saat ini rasa kehambaannya pada Tuhan adalah memuncak,
hatinya akan tenang.
KENYANG
tidak merasa kebesaran Allah, rasa ketuanan
akan memenuhi hati.
LAPAR
tidak melupai bala Allah. Orang yang berakal
cerdas akan mengingati bala di Akhirat apabila melihat
bala di dunia.
KENYANG
menyebabkan seseorang itu lupakan kelaparan
dan lupa bala Allah.
LAPAR
mematahkan hawa nafsu terhadap segala bentuk
maksiat kerana lapar akan melemahkan nafsu.
KENYANG
mudah mengikut nafsu kerana kekenyangan
adalah pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hati
manusia.
LAPAR
kuranglah tidurnya dan mudah untuk bangun
KENYANG
akan merasa mengantuk kerana gas yang
dihasilkan oleh pencernaan makanan Meruap ke otak.
Otak kekurangan oksigen.
LAPAR
terhindar daripada banyak jenis penyakit
kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada kandungan
makanan yang dimakan.
KENYANG
mengundang pelbagai jenis penyakit seperti
diebetis, taun dan lain-lain.
LAPAR
mudah untuk mendapat khusyuk dalam ibadah
kerana pintu godaan syaitan tertutup.
KENYANG
syaitan makan mengganggu ibadahnya
menyebabkan ia tidak dapat menumpukan hatinya pada
Allah.
LAPAR
menjimatkan perbelanjaan di kala kegawatan ekonomi kerana dapat mengurangkan perbelanjaan
terhadap makanan.
KENYANG
sudah tentunya memerlukan perbelanjaan untuk
mendapatkan makan bagi tujuan ini sedang negara
menghadapi krisis ekonomi yang hebat.
LAPAR
menyemai rasa kasih sayang pada insan lain
terutama fakir miskin dan anak yatim.
KENYANG
tidak merasai kesusahan orang lain
seterusnya
menyebabkan hilang kasih sayang di hatinya.
Sahabatku sekalian,
lapar merupakan tali yang mengikat nafsu. Ingatlah
bahawa syaitan sentiasa berada dalam diri anak Adam
& berjalan melalui salur darah (arteri dan vena).
Dan saluran itu akan disempitkan untuk syaitan dengan
berlapar & haus. Cubalah menehan diri daripada
terlalu banyak makan & minum dengan cara berpuasa.
Bila berbuka berbuka jangan hentam habis pula.
Berusahalah untuk membuktikan kasih & sayang pada
diri kita. Kasihilah akal, hati & badan, agar
anggota itu berfungsi dengan baik. InsyaAllah kita
akan dapat memberi kasih sayang pada orang lain &
semoga NUR Allah akan menyinari hari-hati kita.wallahua'lam..
lapar merupakan tali yang mengikat nafsu. Ingatlah
bahawa syaitan sentiasa berada dalam diri anak Adam
& berjalan melalui salur darah (arteri dan vena).
Dan saluran itu akan disempitkan untuk syaitan dengan
berlapar & haus. Cubalah menehan diri daripada
terlalu banyak makan & minum dengan cara berpuasa.
Bila berbuka berbuka jangan hentam habis pula.
Berusahalah untuk membuktikan kasih & sayang pada
diri kita. Kasihilah akal, hati & badan, agar
anggota itu berfungsi dengan baik. InsyaAllah kita
akan dapat memberi kasih sayang pada orang lain &
semoga NUR Allah akan menyinari hari-hati kita.wallahua'lam..
![]() |
fikirkan sejenak . .
Adakah semua umat Islam dapat juga bersahur & berbuka puasa sebagaimana kita yang bernasib baik ini?
Kadang-kadang banyak makanan terbuang . .
Kadang-kadang banyak makanan terbuang . .
Kadang-kadang kita merungut . .
Kadang-kadang kita terlupa bersyukur pada-Nya yang tidak putus-putus memberikan rezeki walaupun tanpa kita pinta . .
Sedarkah kita??
Ya Allah, lindungilah hamba-Mu ini dari terus-menerus mengufuri nikmat-Mu . .
Sahabat-sahabatku,
La Tahzan wa La Takhaf, InnaAllah Ma'na . .
Kepada yang bernasib baik, Ingatlah :
Allah Taala berfirman:
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan:
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada-Mu & jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."
(Ibrahim : 7)
Dan buat mereka yang diuji Allah Taala dengan kekurangan di atas dunia yang sementara ini,
Dengarlah :
Allah Taala berfirman :
"Janganlah kamu bersikap lemah & janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."
(Al-'Imran : 139)
Sahabat-sahabatku,
La Tahzan wa La Takhaf, InnaAllah Ma'na . .
Kepada yang bernasib baik, Ingatlah :
Allah Taala berfirman:
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan:
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada-Mu & jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."
(Ibrahim : 7)
Dan buat mereka yang diuji Allah Taala dengan kekurangan di atas dunia yang sementara ini,
Dengarlah :
Allah Taala berfirman :
"Janganlah kamu bersikap lemah & janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."
(Al-'Imran : 139)
Tersenyumlah walaupun ianya sangat menyakitkan kerana senyuman yang paling manis adalah ketika mana seseorang yang dalam kesukaran masih mampu untuk mengukir senyuman : )
![]() | |
| Salam Ramadhan Al-Mubaraq |
copyright by http://allahseeker.blogspot.com/
KALAU BETUL COUPLE ITU HALAL
Ø Kami tidak berzina!
Maaf,saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.
Ø Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar,minum-minum. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.
Ø Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini,ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara.
Ingat pesanan Rasullullah : Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis
Ø Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!
Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?
Ø Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina juga ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya,ada zina betul,ada zina tangan( berpegang-pegangan),ada zina mata(melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah:
Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman
(Muslim dan Abu Daud)
Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan
Ø Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Berdiskusi pelajaran,betul ke?Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun,kalau tak diberkati Allah,kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia,akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?
Ø Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.
Study group…?nampak macam lain macam saja. Manja,senyum memanjang,tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua. Kalau ye pun,carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
Ø Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran
Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa?Awak kurang sihat ke? Ingat,kita bukan malaikat,tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu,ada keinginan. Itulah manusia
Ø Kami sama-sama belajar,study group,saling memberi semangat dan motivasi
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan,tidak terganggu,dapat berkat dan rahmat pula
Ø Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak!Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.
Ø Tentu ada cinta secara Islam
Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita,Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara,tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin,ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan.
Sabda Rasulullah saw :
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah
(Ibni Majah)
Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.
Allah taala berfirman :
“Dan tidak ada dosa kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang maaruf..”
(Al-Baqarah : 235)
Ø Kalau begitu,cinta semua menghampiri kepada penzinaan?
Ya kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat,rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab,dah berani pegang tangan,duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan,sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan?Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
Ø Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat,tidak sampai berzina. Kami tahan diuji
Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang
Ø Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,sejak awal penciptaan manusia,Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa,jangan hampiri pokok Khuldi.
Firman Allah Taala:
“Wahai Adam!Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya,apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini,(Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.”
(Al-A’araf : 19)
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah,takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan,kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
Ø Tetapi cinta lepas kawin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.
Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang,penyabar,pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta,merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kawin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta,dia seorang yang amat penyayang,penyabar,sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin,lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi,perwatakan masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan yang hipokrit.
Ø Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti
Ø Tanya sikit. Adik angkat,kakak angkat,abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.
Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik,abang,kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan
Ø Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri,tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.
Ø Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman.
Allah Talla berfirman:
“Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.”
(An-Nur : 3)
Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.
Ø Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
Allah Taala berfirman :
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) ..”
(An-Nur : 26)
Telah tercatat sebaris nama di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh ketinggian peribadimu. Jika kau berada di jalan yang diredhai-Nya, InsyaAllah si dia turut berada di jalan yang sama.
Ø Kami telah berjanji untuk sehidup semati
Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu,sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.
Ø Masihkan ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?
Ya,masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.
Firman Allah:
“Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina). Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.”
(Al-Ahzab: 35)
Ø Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dari-Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya
Ø Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.
Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:
1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini
2. Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan
3. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijab Kabul
Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih saying. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu yang berdosa…
Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu
Ø Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak kemana.
Ya Allah,bantulah mereka. Kini mereka datang kepintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.
Sahabatku,
Lupakanlah segala kegundahan dan keresahan.
Teguhkan diri pada Cinta Hakiki Ilahi nescaya cinta si dia yang soleh dan solehah turut kau miliki. Allah loves you more than anyone else. Alhamdulillah ..
Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan.
Sesungguhnya,Allah takkan pernah menzalimi hamba-hamba-Nya dan memungkiri janji-Nya.
Never lose hope & trust to Allah. Keep on praying, my beloved sohabah J
Allah Taala berfirman :
“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) degan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
(Al-Baqarah : 153)
Di sini jelas, bahawa pemberian nafsu oleh Allah s.w.t kepada manusia adalah tanda kemuliaan manusia melebihi penciptaan lain tetapi jika manusia tidak dapat menguruskannya sebagaimana yang digariskan Allah, maka martabat kemanusiaan akan jatuh setaraf dengan haiwan bahkan lebih teruk dari haiwan.
Di akhir tulisan ini, saya kira ada baiknya kalau kita merenung
sebab-sebab
kenapa Allah menjanjikan kepada ahli syurga bidadari-bidadari yang tersimpan
di khemah-khemah mereka,
tidak memandang kepada orang lain selain
tidak memandang kepada orang lain selain
suami-suami mereka & tak pernah disentuh samada jin atau manusia.
Bukankah kerana Tuhan tahu idaman sebenar orang lelaki.
Orang lelaki memang
mengidamkan isteri yang tidak pernah tercemar perasaannya dengan menaruh
hati kepada sesiapa,
tidak pernah bercakap dengan lelaki & tidak pernah disentuh bahkan dilihat oleh mana-mana lelaki lain
tidak pernah bercakap dengan lelaki & tidak pernah disentuh bahkan dilihat oleh mana-mana lelaki lain
Wallahu'alam
May Allah protect all of us from being astray to the right path, Amiin
"Women should not be the moon which everyone see uncovered,
but women should be the sun which makes eyes bow down before seeing it.."
Saat Kematian Kita (Orang Yang Lalai Sering Mengabaikannya.....) Wallahu'alam~
Tanda-Tanda Kematian ►
☑100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
☑60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
☑40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
☑7 hari : Mengidam makanan.
☑5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
☑3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
☑2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
☑1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
☑Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).
☞ Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.
⁑⁑⁑⁑⁑⁑⁑ Bila Malaikat Mencabut Nyawa ⁑⁑⁑⁑⁑⁑⁑
Baginda Rasullullah SAW bersabda:
❝ Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu. ❞
Sambung Rasullullah SAW lagi:
❝ Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail a.s. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail a.s. ❞
❝ ..Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail a.s. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. ❞
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah SWT menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah SWT."
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud:
❝ Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain. ❞
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah SWT maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah SWT. Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud:
❝ Wahai malaikat-Ku, tulis Asma-Ku ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. ❞
Sebaik saja mendapat perintah Allah SWT maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah SWT.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah SWT, maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar r.a. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar r.a.:
"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak² orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah SAW:
❝ Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang² yang mati syahid.
2. Orang² yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. ❞
Wallahu a'alam..
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)






















