...syukran...

Thursday, 10 November 2011

Tugas Lelaki SOLEH !



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم...

♦♦♦ Tugas Lelaki Soleh ♦♦♦


Bercita-bercita menjadi lelaki soleh? 
Alhamdulillah.. bermakna anda berusaha untuk menjadi lelaki pilihan Allah.
Hakikatnya, kita sebenarnya mempunyai pilihan. Sama ada hendak menjatuhkan diri ke dalam kehinaan, atau memilih untuk memuliakan diri. Oleh itu, jika anda memilih untuk menjadi lelaki yang soleh, ada beberapa tugas yang perlu anda lakukan. Tugas itu adalah :

------------------------------------------------------

1 • MENCARI NAFKAH

Dia wajib bekerja mengikut kemampuannya. Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah membetulkan niatnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.
Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama. Dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat.


**.•*´¨`*•.**.•*´¨`*•.**

Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud ~
Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.

Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan-amalan sunnah, maka Allah dan Rasul-Nya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak.

Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh-sungguh.

**.•*´¨`*•.**.•*´¨`*•.**


Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah ~
1 • Riba
2 • Penimbunan barang-barang yang menjadi hajat orang ramai
3 • Perjudian dan perdagangan minuman keras
4 • Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang
5 • Mencuri
6 • Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.

------------------------------------------------------

2 • BERJIHAD FISABILILLAH

Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. 
Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. 
Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN.

------------------------------------------------------

3 • MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS

Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk menindas dan menakluki negara-negara serta umat- umat Islam. Orang-orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.


**.•*´¨`*•.**.•*´¨`*•.**

Wahai lelaki soleh…! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang-orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka.

**.•*´¨`*•.**.•*´¨`*•.**


Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan. Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam

------------------------------------------------------

4 • MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI & KELUARGA

Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri-isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.

Menangani isteri dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.

Lelaki soleh akan bertindak dengan cara yang lebih efisien dan bijaksana dan sentiasa memohon petunjuk dari Allah SWT. Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat dikekalkan. Berlaku baik terhadap isteri, suami yang soleh akan sentiasa menjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Dia sentiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga, dan bekerjasama dengan isterinya.


**.•*´¨`*•.**.•*´¨`*•.**

Sabda Rasulullah SAW ~
Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku.  
( HR Ibnu Majah)

**.•*´¨`*•.**.•*´¨`*•.**

Sunday, 6 November 2011

Pilihan HATI...





Ana: "umi,mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang??"


Umi: "dua-dua bukan..plihan hati kita ialah orang yg sayangkan kita kerana ALLAH"


Ana: "tapi umi,mcam mana nak tau orang tu sygkan kita kerana ALLAH??"


Umi: "Yang paling tahu hanya Allah..Kerana hanya Allah mampu membaca
hati hambaNya..Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya
tanpa perlu sengaja ditunjukkan oleh seseorang tu..", umi tersenyum..abah
menjeling..hehe...

Ana: "xfahamlah umi..hehe.."

Umi: "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan
berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.. Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah
jodohnya itu?"

Ana: "hehe.. xtahu umi..ALLAH je yg tau..", malu pulak rasanya..

Umi: "sayang dgar ni umi nk pesan.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni.. Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba2 je air mata ni mengalir..:'(

Umi: Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya.. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas- batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.

Umi sambung lagi: Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh
memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah.. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. umi dah didik anak umi dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang umi serahkan anak2 umi yang umi sayang sangat ni pada ALLAH untuk Dia pelihara..", suara umi sebak...

Ana terus peluk umi..

Wednesday, 2 November 2011

Maaf, Saya Lebih Takutkan Allah






Seorang gadis kecil pulang dari sekolah. Setibanya di rumah, ibunya melihat anak kecilnya dirundung kesedihan. Maka ibu pun bertanya kepada puterinya itu tentang sebab kesedihannya.


Anak: “Aduhai ibuku, sesungguhnya Pengetua telah memberi amaran akan membuangku dari sekolah kerana pakaian labuh yang ku pakai.”


Ibu: “Tetapi itu adalah pakaian yang dikehendaki oleh Allah, wahai puteriku.”


Anak: “Benar, wahai ibu, akan tetapi Pengetua tidak menyukainya.”




Ibu: “Baiklah, wahai puteriku, Pengetua itu tidak menghendaki, tetapi Allah meng­hendakinya. Maka siapakah yang akan kamu taati? Adakah kamu akan mentaati Allah yang telah menciptakanmu dan membentukmu, serta yang telah mengurniakan kenikmatan kepadamu? Atau kamu akan mentaati seorang makhluk yang tidak mampu memberikan manfaat dan kebaikan kepada dirinya sendiri?”


Anak: “Sesungguhnya saya akan taat kepada Allah.”


Ibu: “Bagus, wahai puteriku, kamu tepat sekali.”


Pada hari berikutnya, gadis kecil itu pergi dengan mengenakan baju yang labuh dan menutup aurat. Tatkala Pengetua melihatnya, dia memarahi gadis kecil itu dengan keras. Gadis kecil itu tidak mampu memikul amarah tersebut, ditambah lagi oleh pandangan rakan – rakan sekelas yang tertumu kepadanya.


Tidak ada yang dapat dilakukan gadis itu selain menangis. Kemudian, gadis kecil itu mengeluarkan kata-kata yang besar maknanya meskipun sedikit jumlahnya, “Demi Allah, saya tidak tahu siapa yang akan saya taati, tuan ataukah Dia?”


Pengetua itu pun bertanya, “Siapakah Dia itu?”


Anak itu menjawab, “Allah. Apakah saya harus taat kepada tuan, sehingga saya mesti memakai pakaian seperti yang tuan kehendaki, tetapi saya telah berbuat maksiat kepada-Nya.


Maaf, saya lebih takutkan Allah. Biarlah saya akan mentaatiNya sahaja dari mentaati tuan, dan apa yang terjadi biarlah terjadi.”






Gadis kecil itu bertekad untuk berpegang kuat dan taat ke­pada perintah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa akan tetapi adakah Pengetua itu hanya berdiam sahaja?


Pengetua itu meminta dipanggilkan ibu si anak kecil tersebut. Apa yang Pengetua itu inginkan dari ibunya?


Maka datanglah si ibu itu…


Ibu guru berkata kepada ibu anak kecil itu, “Sesungguhnya puteri puan telah menasihatiku dengan nasihat paling besar yang pernah aku dengar di sepanjang hidupku.”


Seorang guru yang ilmunya tidak dapat menghalangnya untuk mengambil nasihat dari seorang gadis kecil yang mungkin seusia dengan cucunya


"Wahai ibu-ibu muslimah, di depan anda adalah anak-anak anda. Mereka seperti adunan tepung. Anda boleh membentuknya sebagaimana yang anda kehendaki, maka bersegeralah untuk membentuk mereka dengan bentuk yang diredhai oleh Allah dan RasulNya."


-Ajarkanlah solat kepada mereka-
-Ajarkan mereka ketaatan kepada Allah-
-Ajarkan mereka untuk tetap teguh di atas kebenaran-




Jangan lupa untuk tekan butang share selepan anda baca ♥

Saturday, 15 October 2011

Mengasihi Orang Berdosa



Masih segar dalam ingatan kaum muslimin tatkala Rasulullah bersabda, "Aku bermimpi dalam tidur memegang segelas susu. Kuminum hampir habis susu itu sampai rasa kenyang menyelusup di kuku-kukuku. Lalu sisanya kuberikan kepada Saidina Umar bin Khattab ra.
Waktu seorang sahabat bertanya, "Apa takwilnya, ya Rasulullah?"
Nabi Muhammad saw menjawab, "Ilmu."

    Nyatanya, semasa memegang jabatan khalifah, Saidina Umar bin Khattab ra tersohor kekerasan & kegalakannya. Akan tetapi, ilmunya menerangi semua sikap hidupnya, sehingga, dalam memutuskan suatu perkara, yang dipedomaninya adalah kecerdasan pemikirannya, bukan sentuhan perasaannya.

Selaku penguasa ia tidak terpengaruh oleh kemarahannya, kesedihannya, atau kepentingan peribadi & keluarganya.
Ia pernah berkata, "Membatalkan hukuman dengan diam-diam, bagiku lebih baik daripada melaksanakan hukuman dengan diam-diam."
    Sebab, membatalkan hukuman biasanya dilandasi oleh kebijaksanaan & ampunan,
sedangkan menjatuhkan hukuman bisa lantaran benci & balas dendam.
Apalagi jika dilakukan secara sembunyi-sembunyi.

    Seorang ayah pada suatu saat datang kepada Saidina Umar ra & mengadu,
"Anak perempuanku, wahai Amirul Mukminin, pernah terjerumus kedalam dosa besar.
Ia patah hati, lantas mengambil pisau & mengerat lehernya sendiri. Untung aku mengetahuinya.
Anak itu kuselamatkan, lukanya kurawat dengan cermat hingga segar-bugar kembali."

    Saidina Umar ra merungut.
"Hem, mujur anak engkau itu. Bunuh diri adalah tanda kekufuran. Ia harus bertaubat.
Ayah itu menjawab,
"Memang itulah yang dikerjakannya sesudah itu. Ia menyesal & bertaubat dengan sungguh-sungguh.
Sekarang ia dipinang seorang pemuda untuk jadi isterinya.
Apakah dosa itu harus kuceritakan kepada calon suaminya, wahai Amirul Mukminin?

" Saidina Umar ra bertitah lantang, "Apakah engkau bermaksud membongkar
aib yang sengaja telah ditutupi oleh Allah takdir-Nya?
Demi Allah, seandainya kau lakukan hal itu, akan kuhukum engkau sedemikian rupa didepan masyarakat sehingga menjadi contoh pahit bagi yang lain. Tidak, jangan kau ungkap kembali cacat yang sudah terhapus itu. Nikahkanlah puteri engkau sebagaimana layaknya seorang perempuan terhormat & Muslimat yang taat."


    Mungkin itulah yang dinamakan kearifan, tumbuh dari rohani yang bersih & adil. Saidina Umar ra tidak segan-segan menceritakan kesalahannya pada hakim & meminta algojo mencambuknya sesuai dengan besar kecil kesalahan yang dilakukannya. Di punggungnya membekas bekas-bekas cemeti itu, tanpa sekelumit pun Saidina Umar ra menampilkan kuasanya sebagai khalifah untuk diberi keringanan.
    Namun, Saidina Umar ra tidak ingin cacat orang lain dibeber-beberkan.
Sebab, terhadap orang bersalah, yang diharapkan adalah memperbaiki, bukan memerosakkannya ke dalam kejahatan yang lebih besar.

Kepada mereka yang telah selesai menjalani masa hukumannya, seharusnya masyarakat memberi kesempatan untuk menebus dosanya dimasa lalu, bukan mengucilkannya sehingga terpaksa mereka terperangkap ke dalam keburukan kembali.

    Seorang lelaki seraya termengah-mengah datang menghadap Saidina Umar ra. Mukanya merah padam & suaranya menggelegar manakala ia bercerita, "Wahai, Amirul Mukminin. Saya melihat dengan mata kepala sendiri pemuda Fulan & pemudi Fulanah berpelukan dengan mesra di belakang pohon kurma."
    Laki-laki itu berharap Saidina Umar akan memanggil kedua asyik masyuk itu & memerintahkan algojo supaya menderanya dengan cemeti.

Ternyata tidak.
Saidina Umar ra mencengkeram leher baju laki-laki itu. Sambil memukulnya dengan gagang pedang, Saidina Umar ra mengherdik,
"Kenapa engkau tidak menutupi kejelekan mereka & berusaha agar mereka bertaubat?
Tidakkah engkau ingat akan sabda Rasulullah saw,
"Siapa yang menutupi aib saudaranya, Allah swt akan menutupi keburukannya di dunia & di akhirat."



    Dalam nalar Saidina Umar ra, bila kedua muda-mudi itu dipermalukan di tengah orang ramai,
boleh jadi mereka akan nekat lantaran tidak tahu kemana hendak menyembunyikan diri.
Bukanlah bubu maksiat yang lebih parah akan mengurung mereka dalam nista berketerusan?

    Pada kali yang lain, seorang Muslim diseret ke hadapannya kerana mengerjakan suatu dosa yang patut menerima hukuman cambuk. Tiga orang saksi mata telah mengemukakan pernyataan yang membuktikan kesalahan lelaki Muslim itu. Tinggal seorang lagi yang merupakan penentuan, apakah hukuman dera harus dijatuhkan atau diurungkan.

    Ketika saksi keempat itu diajukan, Saidina Umar ra berkata,
"Aku menunggu seorang hamba beriman yang semoga Allah tidak akan mengungkapkan kejelekan sesama Muslim dengan kesaksiannya."
    Dengan lega saksi keempat itu menyatakan,
"Saya tidak melihat suatu kesalahan yang menyebabkan lelaki itu wajib dihukum cambuk."


Saidina Umar Al-Khattab ra pun menarik nafas lega =)

 Never look down on anybody,
for they may be better than you in Allah's eyes .. Masya Allah :)

copyright by http://allahseeker.blogspot.com/

 

Siapakah KITA ? Siapakah MEREKA ???



Intention is like the soul & actions like the body :
"If the soul leaves the body, the body dies."
(Ibn al-Qayyim)

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada Tuhan-Nya kecuali jin & manusia yang sombong diri.
Allah Taala berfirman :
Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia: dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa.
(Al-Israa' : 83)

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith &cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
Allah Taala berfirman :
(Maka janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad terhadap keadaan mereka yang demikian), kerana sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaranmu & tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar seruanmu, apabila mereka berpaling undur (disebabkan keingkarannya).
(Ar-Rum : 52)

Siapakah orang dungu?
Orang yang dungu adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tetapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu & sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Allah Taala berfirman :
“Maka celakalah orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya."
(Al-Maa'uun : 4-5)


Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.
Rasulullah saw bersabda :

“Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam gulat tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya.”

(Hadis Riwayat Imam Bukhari & Muslim)



Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yg melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata:
"Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman."
(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yg berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.
Nabi saw bersabda :
"Adapun si bakhil itu adalah orang yang apabila namaku disebutkan di hadapannya maka dia tidak mahu membaca selawat untukku."


Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca & meneliti akan kebesaran Al Qur'an & tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
Allah Taala berfirman :
Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya & ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.
(Al-Baqarah : 2)

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat & pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
Allah Taala berfirman :
Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).
(Al-Anbiyaa' : 1)

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Allah Taala berfirman :
Maka ia berkata: "Sesungguhnya aku menyukai segala yang baik (kuda), yang membuat aku tersibukan dariingat akan (kekuasan) Tuhanku, sampai matahari terbenam."."
(Shaad : 32)

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia berkata,
"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata,
"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepada kamu dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan dalam harta, jiwa & bua-buahan. Maka berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, yang apabila ditimpa musiabah mereka mengucapkan,
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un,
mereka itulah yang mendapat keberkatan sempurna dari Tuhannya & mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Al-Baqarah : 155-157)

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan & menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
Allah Taala berfirman :
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." 
(Al-Baqarah : 222) 


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada & tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Allah Taala berfirman :
" Dan ingatlah tatkala tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu & demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras "
(Ibrahim : 7)


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Allah Taala berfirman :
"Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang manghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). Lalu Kami tutup pandangan mereka maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar)."
(Yasin : 9)


Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata,
Rasulullah s.a.w brsabda :
"Perbanyakkanlah kamu sekalian mengingat sesuatu yang melenyapkan segala kelazatan, yakni MAUT".
(Riwayat At-Turmudzy)

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
Allah Taala berfirman :
"Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia & perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) & mereka di dunia tidak akan dirugikan."
(Hud : 15)


Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.
Allah Taala berfirman :
"Apakah sama orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang tidak berilmu?."
(Az-Zumar : 9)


Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak mempedulikan akan halal & haramnya akan sesuatu perkara itu.
Allah Taala berfirman :
"Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu."
(Al-Baqarah : 168)


Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid & kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
Allah Taala berfirman :
"Dan apabila dikatakan rukuk kepada mereka,
"Rukuklah," mereka tidak mahu rukuk.
(Al-Mursalat : 48)


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat & amal-amal kebaikkan.
Allah Taala berfirman :
"Katakanlah (Muhammad), "Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? (Iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengitra telah berbuat sebaik-baiknya.. Mereka itulah yang mengingkari ayat-ayat Tuhan mereka & (tidak percaya) terhadap pertemuan dengan-Nya. Maka sia-sia amal mereka & Kami tidak memberikan penimbangan terhadap (amal) mereka pada hari kiamat."
(Al-Kahf : 103-105)

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.
Allah Taala berfirman :
"Di mana sahaja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat”.
(An-Nisa' : 78)


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Rasulullah saw bersabda :
“Sesungguhnya aku diutus untuk melengkapkan akhlak yang mulia.”
(Riwayat Al-Baihaqi)


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya:
“Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya & doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” 
(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)


Siapakah orang yamg mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.
Daripada Ibn Abbas r.a :
Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w melalui (melintasi) dua kubur, lalu baginda bersabda :

“Sesungguhnya kedua-dua penghuni kubur ini sedang disiksa & mereka tidaklah disiksa kerana dosa besar, adapun yang seorang disiksa kerana tidak menjaga kebersihan diri ketika buang air kecil, sedangkan yang satu lagi kerana suka menceritakan keburukan orang.”

Kemudian Baginda s.a.w meminta satu pelepah kurma lalu dibelahnya menjadi dua lalu bersabda :
“Semoga pelepah kurma ini akan dapat meringankan siksaan mereka berdua selama ia belum kering.”
[Sahih Al-Bukhari,  no: 218, Sahih Muslim,  no: 292]


Siapakah orang yg mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.



“The best of people are those that bring most benefit to the rest of mankind.”
(Daraqutni, Hasan)

COPYRIGHT BY http://allahseeker.blogspot.com/